Search

Ride, Riding, Rider

since aku berjaya memiliki sebuah motor besor....badan moto tu memang nampak besor..walaupun hanya 250cc. maka tercapai juga cita-cita aku untuk memiliki spesis moto yang macam ni.

ketika umur menjangkau 37...ada orang lebih beruntung kerana ketika umur masih muda..sudah memiliki motor besor....untungkan? di zaman batu dahulukala...di mana ketika aku menjadi seorang rempiter...bila lalu motor besor aje...hanya mampu melihat sampai nganga2 mulut...hehehhe...di zaman itu...Yamaha TZM baru aje keluar....dan ketika itu juga Kawasaki ZSR 250 yang ada belalai kat tank tu...melilau2 atas jalan dengan bunyi yang sungguh mempersonakan hahahhahaha....aish....

then bila dapat je kunci moto idaman aku tu...jadi macam budak2 la kejap...seronok lain macam hahaha...banyak yang aku pelajari berkaitan motor besor ni...dan perkataan yang sinonim dengan moto besor ni adalah BIKERS.

kehidupan, budaya dan sebagainya selaku seorang BIKERS dapat jugalah aku pelajari dan mendalaminya..secara positif dan negatif...

 ini adalah video yang sempat aku rakam menggunakan camera alternatif yang aku lekatkan pada tank motor...

kebiasaannya mereka yang suka merakam video aktiviti2 sukan permotoran atau sukan lasak ini menggunakan action camera seperti Go Pro. jenama yang popular untuk sukan lasak dan permotoran...

dengan hobi yang baru ini dan ilmu pengetahuan yang aku ada...digabungkan dengan minat dalam dunia teknologi maklumat ni...Blog dan Vlog antara perkara tambahan dalam hidup aku sekarang..tapi entah la...mungkin akan jadi macam taik ayam juga...hot2 chicken shit...hahahahaha...

saya berpesan kepada diri saya...dan mereka2 yang menjerumuskan diri dalam dunia sukan permotoran ini...berhati2 di jalanraya...kalau nak layan corner tu...pilih la lokasi yang sesuai...kalau boleh sila la ke track...pakailah pakaian yang sesuai..(riding suit complete) safety first...kita hidup ni bukan sebatang kara...ada mak bapak...anak sanak saudara..ada isteri..ada anak...kalau jadi apa2? kan susahkan orang...

tenggiling merah ini juga dah jadi pengangkutan utama aku sekarang ke tempat keje. isteri aku yang tersayang tu pun dah tak berebut motor dengan aku dah. tu pun ada hati nak try bawa tenggiling merah aku ni...motor rosak leh repair...kalau isteri rosak? bukan leh repair...hehehe..makan modal woooo...

peace yawwww!!