Search

Menyepi Sepanjang Perjalanan Yang Jauh

Bertahun rasanya aku tidak begitu serius dalam penulisan di Blog, hanya sekali sekala aku siapkan template blog untuk rakan-rakan dan menjengah blog aku ni yg sudah menjadi usang rasanya. berhabuk dan berkarat.

nak dikatakan hangat-hangat taik ayam, pon ye juge..maklumla..ayam selalu juga berak kan? sekali berak...rasa hangat la taik tu...kejap..pastu sejuk kembali. aku rasa, mode menulis aku ni bukan hangat-hangat taik ayam tapi hangat-hangat taik dinasour dah, kesejukan ditelan zaman. kan?

kali terakhir aku aktif ketika masih mempunyai 2 orang anak perempuan, kereta hijau katak pisang aku tu dan tak ade apa-apa perubahan ketara sangat.

since then..aku sibuk, facebook menjajah jiwa dan raga, blog entah ke mana, entah apa-apa benda aku buat tah..selain dari core busines aku...bekerja untuk cari rezeki yang halal bagi anak dan isteri aku makan.

alhamdulillah...rezeki bertambah..aku dapat anak lelaki pula...berbeza totally dengan 2 orang anak perempuan aku tu..adakah time kecik2 dulu aku buas macam tu? aish....aktif bebenor anak teman tu...kate oghang peghok...hehehhe..

dengan rezeki yang dikurniakan Allah itu juga...aku beli sebuah motorsikal...Kawasaki Ninja 250 (EX250L)

moto2 size besor ni memang dah lame aku mengidam dari zaman bujang dulukala, menjadi satu debat yang agak hebat juga diantara aku dan isteri, ye la...tiba2 nak pakai moto besor. masa kenal2 sebelum bertunang dulu pun aku jalan kaki je.

flash back ke zaman batu dulu..aku pernah memiliki sebuah moto carb...RG...warna merah macam gambor tu juga...sempat la juga mendalami dunia rempit...bertatu badan dengan kesan2 calar dan luka akibat bersengol-sengolan dengan tar jalan. macam sedap la kan?

berbalik kepada isu kelulusan kabinet berkaitan perolehan moto besor tu..akhirnya isteri aku akur dengan permohonan aku tu. since then aku banyak habiskan waktu berkaitan permotoran, forum, ride, lepak ngeteh pasal moto...apa2 pasal moto lah. malah isteri aku tu pun tersampok sampai complete satu set pillion aku belikan untuk dia pakai. oleh kerana anak lelaki aku tu tak boleh nak berjauhan dengan ibunya maka kebanyakan ride aku sorang je la hehehhe...

sekali lagi rezeki bertambah...alhamdulillah...aku beli pula kete..setelah sekian lame menggunakan kereta kompak...kereta hijau katak pisang aku tu...nak jual pun x ade harga...pakai je la sampai reput...aku beli MPV pula. keluarga dah besar. anak perempuan aku tu asyik bergaduh aje kat belakang. 2 org je pun tapi berebut nak selesa macam dalam hotel. macam...macam...aish...


akhirnya...dapat seat sorang satu...ambik...ambik....x nak pulak!!. tahun 2013 ni banyak perubahan yang berlaku...kepada diri aku sendiri..dan juga keluarga.

aku bersyukur dengan apa yang ada, dan aku berusaha lagi untuk mendapatkan yang lebih baik untuk diri aku dan keluarga tersayang.

sekembalinya aku ke blog ini...aku sendiri tak tahu berapa lama aku mampu bertahan...sama ada sehangat taik ayam atau taik dinasour...tetapi hakikatnya aku sedang mencari potensi diri aku yang sebenar.

ada orang kata2 yang luahkan dari mulutnya mendatangkan duit. ada orang kesenian tangannya...kekuatan kudratnya menghasilkan duit. ada juga yang duitnya datang dari hujung2 jari yg menulis atau menaip. aku cuba mencari potensi lain yang ada dalam diri aku ini.

bersambung di waktu yang akan datang......