Search

Bukit Tinggi Resort - Sungguh Tinggi Bukit Itu


Assallamualaikum dan salam satu malaysia. Lama rasanya aku tak postkan artikel yang baru. Peluang yang ada untuk bercuti tidak dilepaskan. Bila lagi nak bersama keluarga. Lagi pun aku sendiri tidak berbakat di dalam penulisan dan ianya memerlukan masa, idea dan krativiti yang tinggi, tambahan pula orang kurang berbakat seperti aku ni. Gambar di atas adalah diambil di bukit tinggi resort jalan nk ke genting highland tu...main redah je naik..ingatkan dekat...rupanya jauh juga dengan keadaan jalan yg berbukit dan berliku. Padan ngan namanya BUKIT TINGGI. memang tinggilah...kalau rendah tentu BUKIT RENDAH..kalau bukit dah rendah...masih orang panggil bukit ke??

Aku sebenarnya banyak habiskan masa di Laman Web Rasmi KD PERAK. lepak di situ. template untuk blog ni pon masih lagi tertera trial version..malasnya aku nk buang watermark tu... sampai tahap tu sekali la punya malas. 

job untuk e commerce punya laman web pon lom siap lagi...dan core busines aku pon tak tahu apa cerita. cuti sepuluh hari ni..rasa cam lama la plak. bila nak bekerja balik.. huh...malasnya rasa.

fikir2 balik...betullah kata orang..susah nk berblog ni..kalau isinya tiada. aku bab template...coding reti le..nk coret2 ni huh....tak pandai aku...

bab gambar tu banyak lagi gambar sebenarnya...tp aku malas nak masukan ke sini. ke facebook je banyak. itu pun banyak gambar ke facebook isteri aku je lah... geram plak tgk orang usung DSLR tu..bila la aku nk sambar satu...boleh ambil guna digital kamera 12 pxl yang aku ada sekarang ni...cuma perlu untuk dicantikan menggunakan adobe...shoot angle dan zooming option tu la x de..kamera biasa la katakan..ada la sikit2 option..tp mana nak sama ngan DSLR tu...

cuaca di bukit tinggi time aku naik hari tu tak lah sejuk sangat. sejuk lagi genting. time tu dah pukul 4 cam tu. mungkin dah petang...baki sejuk pagi tadi dah kurang agaknya. tapi suasana kat atas tu dah macam di perancis dah. nama pon taman tema ala2 perancis...jadi x payah la nk ke perancis.. cuma perlu pacakan bendera perancis...ambik gambar..pakai jaket santa claus...jimat belanja.

hotel plak yg harga murah semua dah full booked..tinggal yg harga rm400++ semalam. rasa cam nk tido dalam kereta aje. teringin juga nk merasa tido di situ...cuma waktu aku naik tu sekadar terjah aje. saja singgah on the way balik ke kuantan.

aku rasa sampai di sini saja coretan kali ni..bukan apa takut lari tajuk plak nanti... kurang markah...kena plak ambil paper julai...

apa2 pun see u all soon...

cheers...

p/s tu pon kalau aku rajin post kat sini le...(susah kalau berbahagi kerja ni)

0 comments:

Post a Comment