Search

Who Am I??













Assallamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Kali Ini Aku Ingin Menulis Serba Sedikit Berkaitan Diri Aku...Keluarga Dan Kerjaya.

Aku Dilahirkan Pada 12 Disember 1976 Di Hospital Besar Bukit Mertajam Seberang Perai Pulau Pinang.

Mulai Bersekolah Di Sekolah Rendah Kebangsaaan Permatang Pauh Seberang Perai Pulau Pinang. Kemudian Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam. Tingkatan 3 Aku Berpindah Sekolah Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti  Sehingga Tingkatan Lima.

Aku Pernah Bekerja Sebagai Pembantu Restoran, Dan Sebuah Kilang Elektronik Di Perai 3. Kemudian Aku Mengambil Keputusan Untuk Memasuki Perkhidmatan TLDM Pada 4 Jan 1995. Menjalani Kursus Asas Rekrut Di Pangkalan TLDM Woodlands Selama 6 Bulan. Kemudian Ke KD PELANDOK Untuk Khursus Prantis Kimpu Kejuruteraan Marin (TMK).

Selesai Menjalani Kursus. Aku Bertugas Di KD SRI JOHOR Berpengkalan Di Sandakan Sabah. Kemudian Ke KTD KEPAH Yang Berada Di Labuan Seterusnya Turun Bertugas Di Pangkalan TLDM Labuan Unit KD SRI LABUAN Dan Kembali Ke Kapal KD PARI.

Dari KD PARI Aku Ke Lumut Bertugas Di Markas Armada Cawangan Latihan Penyesuian Laut. Dan Terpilih Untuk Menjadi Warga Kapal Pertama Kapal Peronda Jenerasi Baru KD PERAK

Sehingga Kini Aku Masih Berada Di KD PERAK.

1 comment: